Bab 1
Kematian ayah Lisa Safira membuatkan ahli
keluarganya bertambah sedih . Lisa merenung jauh termenung sambil teringatkan
ayahnya . Ibunya Puan Sahira , tahu anaknya pasti tidak dapat melupakan
kejadian tersebut di mana ayahnya terjebak dalam kemalangan jalan raya 2 bulan
yang lalu . Puan Sahira mendekati anaknya yang duduk di birai katil .
“Kenapa anak mama ni termenung aja ? Ada masalah ke
?”soal Puan Sahira sambil memeluk bahu anaknya . Lisa hanya sekadar tersenyum
pahit . Dia tak mahu mamanya tahu kenapa dia begitu sedih sekali .
“Tak ada apa ma ... “bohong Lisa .
Rizwan Sofian yang baru sahaja berlalu di bilik
kakaknya terkejut mendengar perbualan mereka . “Lisa rindukan papa ke ?”soal
mama . Lisa Safira memandang wajah mamanya dan dia tak mahu mengungkit lagi
soal itu .
“Bohonglah kalau Lisa tak rindu papa ..tapi kita
yang hidup ni kena teruskan hidup kan ma ?”soal Lisa Safira . Puan Sahira
tersenyum pahit . Dia tahu anaknya mahu menjaga isi hatinya tetapi dia tahu
semua ini salah dia sendiri .
“Teruskan hidup ? Nak teruskan hidup apa lagi kalau
papa dah tak ada ?”soal Rizwan yang baru saja masuk ke dalam kamar kakanya .
Mama dan juga Lisa terkejut mendengar kata-kata Rizwan .
“Adik ! Jangan kurang ajar “kata Lisa dengan geram .
“Kurang ajar kak ? Kakak nak tahu tak , papa mati
sebab mama ? Papa mati sebab mama tak faham papa ! Kalau mama dan papa tak
bergaduh pada malam tersebut tak mungkin papa akan keluar dari rumah dan tak
mungkin papa akan mati !”bentak Rizwan lagi .
“Cukup , Rizwan !”bentak Lisa dengan geram .
Kelihatan wajah mamanya agak terkejut mendengar semua kata-kata anak bongsunya
. Segalanya benar apa yang dikatakan oleh anak lelakinya . Lisa dapat melihat
wajah sedih mamanya kembali .
“Kakak masih bela mama ? Baik kalau kakak nak bela
mama sangat ..ikut suka kakaklah ! Yang penting adik masih sayangkan papa
!”bentak Rizwan lalu pergi meninggalkan kakak dan mamanya .
“Adik !”jerit Lisa lalu mengejar adiknya yang
menuruni tangga . Dia segera mencengkam lengan adiknya dengan geram . Langkah
Rizwan Sofian terhenti seketika lalu berpaling ke arah kakaknya . Puan Sahira
segera menuruni tangga untuk menghalang anaknya pergi merempit lagi .
“Rizwan nak pergi mana ? Nak merempit ? Mama tak
benarkan !”kata mama lalu menuruni tangga untuk mencegah anaknya pergi . Rizwan
tersenyum sinis ke arah mama . Puan Sahira tidak menyangka anaknya sudah
berubah .
“Mama nak halang Rizwan ? Nak buat apa mama halang
Rizwan ? Dulu waktu papa keluar mama tak pernah pun halang kan ?! “jerit Rizwan
dengan geram . ‘Pang’ satu penampar melakat di pipi anaknya . Rizwan menoleh ke
arah mama dengan pandangan tidak puas hati .
“Sampai hati mama tampar Rizwan ?! Sampai hati mama
! Patutlah papa bencikan mama ! Rizwan pun bencikan mama !”bentak Rizwan lalu
menghidupkan enjin motornya lalu pergi meninggalkan keluarganya . Puan Sahira
terkejut akan perbuatannya . Dia kesal kerana menampar anaknya sendiri .
“Ma ...mama bersabar ya ? Mama jangan sedih lagi
..semua ni bukan salah mama . Lisa akan cari adik ..itu janji Lisa “kata Lisa
sambil memujuk mamanya agar bersabar dan tidak menangis .
“Mama bersalah Lisa ...selama ni mama tak pernah pun
pukul anak mama , Lisa . Mama berdosa “rintih mama . Lisa Safira segera memeluk
mamanya agar bersabar dengan semua ujian dengan tabah .
“Mama tak bersalah ..mama dah lakukan yang terbaik
“kata Lisa Safira bagi membangkitkan semangat mama kembali .
“HELO, bro ! Amacam malam ni ? Lumba ?”soal Raziq
kepada Rizwan sebaik sahaja Rizwan tiba di tempat biasa mereka berlumba .
Setiap kali berlumba mereka akan mendapat duit tetapi duit yang haram !
“Macam biasalah , bro ! Kali ini lumba dengan siapa
? Ada orang baru ke ?”soal Rizwan . Kawan-kawan Rizwan iaitu Eric , Remy , Dany
dan lain-laian lagi merupakan pengaruh besar pada Rizwan .
“Ada orang barulah bro ! Nama dia Jay ! Kalau kau
kalahkan dia ..dia janji nak bagi motor besar dialah bro !”kata Eric . Mereka
semua ketawa terbahak –bahak mendengar kata-kata Eric . Ternyata Jay yang
dikatakan tersebut sudah pun tiba di tempat mereka berlumba .
“Hi ! Saya jay “kata Jay lalu dihulurkan tangan
tetapi Rizwan sama sekali tidak menyambut huluran Jay . Jay bersama kawannya
ternyata pengaruh besar daripada Rizwan sendiri . Mereka hanya ketawa pada Jay
!
“Okay ...dahlah tak payah nak perkenalkan diri apa
kata rempit ? Kita selesaikan masalah dengan cara tu tapi kali ini ganjaran
kena hebat okay ? Kalau aku kalah aku akan beri motor aku yang selalu menang ni
amacam ? Ada berani ?”soal Rizwan .
“Okay tapi kalau aku kalah ..aku akan beri motor
keluaran terbaru yang kau inginkan . Ada setuju ?”soal Jay . Rizwan hanya
sekadar mengangguk . Mereka mula merempit setelah perjanjian diperstujui antara
satu sama lain .
Kedengaran bunyi telefon bimbitnya kedengaran tetapi
tidak diangkat . Lisa Safira mula khuatir akan keadaan adiknya . Dia mencari
adiknya di merata tempat dan termasuk tempat adiknya selalu melepak bersama
kawannya .
Perlumbaan motosikal antara Jay dan Rizwan bermula
dan sepertinya Jay yang mendahului Rizwan . Lisa segera berhentikan keretanya
di tepi jalan untuk menghubungi adiknya lagi tetapi masih tidak dapat dihubungi
.
Lisa terkejut melihat motosikal yang amat
dikenalinya sedang berlumba dengan motosikal yang lain . Dia segera memandu
keretanya untuk mengejar motosikal adiknya . Tiba-tiba motosikal adiknya ,
terlanggar dengan sebuah lori dan itu menyebabkan motosikal tersebut terperosok
di bawah lori tersebut .
“Adik !!!!!!!”jerit Lisa dengan sedih . Dia segera
keluar dari kereta tersebut dan akhirnya jatuh terduduk melihat adiknya yang
sudah berlumuran darah di muka , bibir dan kepala . Dia tergamam .
Rizwan dikejarkan ke hospital untuk mendapat rawatan
dengan segera . Lisa Safira segera menghubungi ibunya . “Assalamualaikum ma ?
Ma ...adik kemalangan dan sekarang ni adik di rawat di Hospital Besar Kuala
Lumpur “kata Lisa .
“Waalaikumussalam ..baiklah ...mama ke sana sekarang
“kata mama dalam keadaan cemas setelah mendapat tahu bahawa anaknya kemalangan
lagi . Sebaik sahaja ibunya tiba di hospital , dia segera menuju ke kaunter
pertanyaan untuk mengetahui anaknya dirawat di bilik mana .
Kehadiran mama mengubat hati Lisa yang kembali pedih
. Lisa segera memeluk mamanya dengan sedih . “Sabar sayang ... adik macam mana
?”soal mama .
“Adik dalam keadaan kritikal ..mama “kata Lisa .
Puan Sahira terkejut mendapat berita tersbeut . Dia takut kalau-kalau dia akan
kehilangan orang yang dia sayang lagi . Air matanya kembali menitis .
“Mama..janganlah menangis ya ?”soal Lisa ..
“Mama sedih sebab mama tahu semua ni salah mama !
Mama yang buat Rizwan dan Lisa macam ni kan ? Mama dah buat kesilapan besar
sekali ! “rintih mama . Lisa Safira hanya memeluk mamanya agar tabah dengan
semua ni .
“Sabar mama ..semua ni adalah ujian tuhan “kata Lisa
.
‘Ya Allah berikanlah kekuatan buat mama dan
sembuhkanlah adikku Rizwan . Janganlah kau memberi tekanan buat mama lagi
...’doa Lisa Safira sambil bermohon agar Rizwan tidak apa-apa .
Setelah 2 jam menunggu , akhirnya Doktor Liyana
keluar dari bilik rawatan Rizwan untuk memberi laporan . “Bagaimana dengan
keadaan anak saya doktor ?”soal Puan Sahira . Doktor Liyana mengeluh .
“Buat masa ni keadaan dia masih lagi sama ... kami
juga tidak tahu bila dia akan sedar . Kadar denyutan jantung dia juga agak
lemah setelah kemalangan tersebut berlaku . Buat masa sekarnag ni kita hanya
perlu berdoa agar keadaan Rizwan berada dalam keadaan baik . Saya minat diri
dulu “kata Doktor Liyana .
“Terima kasih doktor “kata Puan Sahira .
Mereka berdua melangkah masuk ke dalam bilik rawatan
Rizwan . Puan Sahira segera mendekati anaknya lalu mencium tangan anaknya dalam
keadaan rasa bersalah . Lisa Safira pula masih tidak berhenti menangis !
“Bangunlah ..anak mama ...”kata Puan Sahira lagi .
“Bangunlah dik ...”kata Lisa pula .
SETELAH selesai Lisa dan mamanya menunaikan solat
isyak di surau yang terletak di hodpital tersebut , mereka berdoa bersama . “Ya
Allah ya tuhanku ..ampunilah dosa adikku dan kau berikanlah kekuatan dan
ketabahan pada mama ... aku merayu padmau ya Allah agar adikku disembuhkan ... aku
tak mahu kehilangan ornag yang aku sayang lagi “rintih Lisa .
“Ya Allah ampunilah dosa anakku ..sesungguhnya dia
sahajalah anak lelaki yang aku ada ya Allah .Berikanlah kekuatan pada dia agar
dia teruskan melawan segala penyakit yang datang kepadanya “ doa ibunya .
“Mama ?”kata Lisa Safira sebaik sahaja menoleh ke
arah mamanya yang baru sahaja selesai solat . Dia memeluk mamanya dengan sedih
. Dia tahu hanya mama saja mengerti akan keadaanya .
“Sabar ya sayang ? Mama tahu kamu seorang gadis yang
tabah ..”kata mamanya lagi . “Mama pun kena tabah ya ? Demi Lisa ?”soal Lisa
Safira . Puan Sahira hanya sekadar mengangguk pasrah .
“Jom ...kita tengok keadaan adik ?”soal Lisa .
“Jom ..”ajak mamanya .
Mereka melipat telekung dan sejadah lalu melangkah
pergi menuju ke bilik rawatan Rizwan untuk mengetahui bagaimana keadaanya .
Lisa tersenyum bahagia melihat adiknya tersedar . Puan Sahira segera mendekati
anaknya .
“Anak mama dah sedar ? Macam mana keadaan Rizwan
sekarang ?”soal mamanya . Tiba-tiba air mata anaknya mengalir . Rizwan
sebenarnya rasa bersalah pada mamanya kerana dia tahu ayahnya meninggal kerana
takdir tuhan .
“Maaf....Maaf...kan Rizwan ma ? Rizwan berdosa
...sangat....Rizwan..janji ...t..takkan ungkit...lag..lagi soal papa . Riz..wan
minta maaf ..”rintih Rizwan . Air mata mamanya tidak berhenti mengalir melihat
anaknya tidak berhenti meminta maaf .
“Rizwan sayang , mama dah maafkan Rizwan . Mama tahu
Rizwan tak salah ...dan Rizwan tak perlu minta maaf ...”kata mamanya .
“Te..teri..terima kasih ma . Ka..kakak?”soal Rizwan
sambil menoleh kakaknya . Lisa Safira segera mendekati adiknya .
“Ya dik ?”soal Lisa .
“Ma..maafkan adik...seb..sebab melawan cakap
....ka.kakak selama ni “kata Rizwan . Lisa Safira hanya sekadar mengangguk
mengerti .
“Tak mengapa dik ...kakak dah lama maafkan “kata
Lisa Safira . Rizwan Sofian tersenyum . Tiba-tiba dia tidak dapat bernafas
dengan baik . Dadanya seakan sakit sekali dan dia kini sedang melawan kesakitan
tersebut . Dia tahu ajalnya sudah tiba !
No comments:
Post a Comment