Sunday, 17 June 2012

Kasihku Untumu ! Bab 10

Bab 10
Shahila termenung keseorangan sambil menunggu kehadiran Tengku Rifqi mengambilnya di kuliah . Kelihatan kereta yang amat dikenalinya memakir di depan perhentian bas . Shahila segera masuk ke dalam kereta tersebut .
“Lambat ke saya sampai ?” soal Tengku Rifqi .
“Sama sekali tak dan terima kasih kerana ambil saya tepat pada waktu “kata Shahila sambil tersenyum .
Setelah sampai di rumah umi , Shahila segera meletakkan begnya di bilik . Tengku Rifqi pula berbaring di atas katil untuk menghilangkan kepenatan . Shahila mengatur langkah untuk keluar dari bilik mereka .
“Awak nak pergi mana ?” soal Tengku Rifqi .
“Saya nak bantu umi masak kenapa ?” soal Shahila kembali .
“Kan dah ada orang gaji dekat dalam rumah ni buat apa nak tolong lagi ?” soal Tengku Rifqi .
“Maknanya awak halang saya pergi lah ni ?” soal Shahila .
“Er... mana ada saya hanya nak tolong awak hilangkan kepenatan awak aja . Lagipun awak baru habis belajar dekat kuliah kan ? Tak penat ke nak buat kerja rumah lagi ?”soal Tengku Rifqi . Shahila tergelak kecil .
“Mana ada penat ... biasa aja . Dahlah saya nak turun bawah “ kata Shahila .
“Nanti dulu ... “ kata Tengku Rifqi .
“Apa lagi ?” soal Shahila .
“Awak kena urut belakang saya dulu ...baru awka boleh pergi “ kata Tengku Rifqi dengan tegas . ‘Aduhai ... bab mengurut ni aku lemah dah lah tangan aku lemah gemalai tangan nak disuruh urut pula ? Tak apalah ... buat pun buatlah ‘bisik hati Shahila .
“Baiklah ... “ kata Shahila .
Shahila segera mengambil tempat untuk mengurut belakang suaminya . Kadang – kala dia berasa geram tetapi perasaan marah mampu dia tahan . Manakala Tengku Rifqi sudah tergelak besar di dalam hatinya tak mampu dia luahkan .
Setelah itu , Shahila menuruni tangga untuk menyediakan makanan tetapi sudah terlambat kerana makanan sudah pun tersedia di meja makan . Dia segera mendapatkan umi dan mengatakan “ maafkan Shahila umi sebab tidak membantu umi masak tadi ... “ kata Shahila .
“Tak mengapa sayang , lagipun umi tahu perangai anak umi si Rifqi ..dia tu kalau dah kahwin mana nak lepas bini dia “ kata umi sambil tergelak kecil . Shahila tersenyum lega melihat umi memahaminya .
“Oh ya umi , biar Shahila sediakan pinggan dan cawan ya ?” soal Shahila .
“Tak perlu ... yang penting sekarang ni panggil Rifqi okay ? “ kata umi . Shahila hanay sekadar mengangguk . Shahila segera mengatur langkah menuju ke kamar dia dan Rifqi . Dia terkejut melihat Rifqi tiada di dalam kamar . Dia segera mencari di tempat yang lain pula .
Kelihatan Rifqi sedang mengambil udara yang segar di brandar yang terletak di tingkat dua . Shahila mendekati suaminya di sisi .
“Apa awak buat dekat sini ?” soa Shahila .
“Saja ambil angin ...makanan dah siap ke ?” soal Rifqi kembali .
“Dah ..awak turunlah makan ..umi dah lama tunggu “ kata Shahila lalu pergi tetapi dia sekali lagi dihalang oleh suaminya .
“Boleh kita berbual sekejap ?”soal Rifqi . Shahila mula rasa aneh dengan sikap Rifqi . Selalunya dia tidak megambil berat soal Shahila tetapi kali ini lain pula jadinya . Shahila dapat merasakan ada sesuatu yang tidka kena pada suaminya sendiri .
“Baiklah ... “ kata Shahila sepatah .
“ Awak marahkan saya soal tadi ke ?” soal Rifqi .
“Soal tadi ? Maksud awak ?” soal Shahila kembali .
“Urut tadi tu lah ... aduhaiii agaknya awak ni cepat pelupa ya ?” soal Rifqi .
“Oooh pasal tadi ... tak mengapa . Saya okay saja lagipun itukan tanggungjawab saya sebagai seorang isteri ?” soal Shahila . Tiba-tiba dia terkesima dengan ayatnya sendiri . Isteri ? Bukankah itu hanya selama 5 tahun ?
“Maafkan saya bukan niat saya nak cakap yang saya ni isteri awak ..saya cuma ... “ Shahila tidak sempat menghabiskan kata-katanya setelah Rifqi mencelah terlebih dahulu darinya .
“Tak mengapa Shahila ..lagipun betul kan ..kita suami isteri ?” soal Tengku Rifqi sambil merenung wajah gadis itu . Shahila mula rasa gelisah .
“Er...saya nak turun bawah dululah ... “ kata Shahila lalu mengatur langkah menuruni tangga . Sungguh dia malu berdepan dengan suaminya sendiri . Tengku Rifqi pula tersenyum keseorangan .
Shahila membantu uminya mencedokkan nasi di setiap pinggan . Kelihatan suami Shahila iaitu Rifqi sudah pun duduk di sebelah isterinya . Shahila hanya tersenyum pahit . Uminya tersenyum melihat mereka berdua .
“Hmmmsedapnya lauk ni ... baiklah mari kita makan dulu “ kata Tengku Shafwan iaitu ayahnya . Mereka sekeluarga memulakan dengan bacaan bismillah dan doa sebelum makan bersama . Shahila mula teringatkan ahli keluarganya tetapi dia semakin bahagia di dalam keluarga Rifqi .
“Oh ya , Rifqi ... bila kamu nak bawa isteri kamu tu berbulan madu ? Dah seminggu dah menikah takkan tak nak bawa ke mana-mana ? Kesian umi tengok Shahila “ kata umi .
“Tak mengapa umi lagipun Shahila mengerti keadaan abang Rifqi ..mungkin abang Rifqi banyak kerja di ofis lagipun Shahila tak ada cuti untuk semester kali ini “ jelas Shahila . Pertama kali Rifqi mendengar namanya disebut dnegan gelaran ‘abang ‘ sebelum ini tidak pernah pun .
“Takkan sampai macam tu sekali ? Kalau macam tu lambatlah umi nak dapat cucu “ kata umi lagi . Mujur makanan yang baru disuap oleh Tengku Rifqi tidka tercekik mendengar kata-kata yang terkeluar dari mulut uminya sendiri . Shahila segera memberikan minuman buat suaminya .
“La ..takkan sebut pasal anak dah tercekik ?” perli umi .
“Awak ni ... kesiankanlah anak kita tu jangan nak memaksa sangat “ kata Tengku Shafwan .
“Umi ni ... takkan sampai ke situ pula ...lagipun Rifqi dan Shahila kan muda lagi “ kata Tengku Rifqi .
“Muda ? 23 tahun tu dikira muda ? Bagi umi sama sekali tidak , baik kamu berdua cepat dapatkan cucu buat umi lagipun umur kami bukan muda sangat “ kata umi lagi .
“Insya Allah umi kalau ada rezeki ada lah “ kata Shahila .
“Alhamdulilah ..kalau macam tu tak ada apa lagilah yang umi perlu risaukan “ kata uminya . Tengku Rifqi hanya mampu memandang wajah isterinya . Adakah dia patut menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang suami ? Sama sekali dia tak mahu melakukannya !

SHAHILA  melipat kain di dalam kamarnya . Kelihatan Tengku Rifqi sungguh runsing sekali memikirkan kata-kata uminya sebantar tadi . Shahila kelihatan agak pening juga melihat suaminya ke hulu ke hilir dan tidak tentu arah .
“Rifqi ..boleh tak awak berhenti dari ke hulur ke hilir ? Saya semakin pening melihat awak macam ni “ kata Shahila .
“Macam mana saya tak pening disebabkan umi tadi ....saya rasa saya tak sanggup “ kata Tengku Rifqi .
“Awak ..tak payahlah awak nak runsing sangat lagipun awak ingatkan perjanjian kita ? 5 tahun kan ? Nanti umi akan faham juga kenapa kita bercerai betul tak ?” soal Shahila . Langkah Rifqi terhenti . Kini dia mengerti .
Rifqi mengatur langkah menuju ke brandar seperti biasa . Shahila terkejut kerana pintu kamar dihentak kuat oleh suaminya sendiri . Dia merasakan kata-kata yang diungkapkan itu ada salahnya . Dia segera mengekori langkah suaminya .
Kelihatan Rifqi mengeluh di brandar dan mula rasa pasrah . Dia sendiri juga tidak tahu kenapa dia boleh merasakan perasaan aneh di dalam dirinya sejak kebelakangan ini . Shahila mengatur langkah mendekati Rifqi .
“Saya salah cakap ke tadi ? Maafkan saya “ kata Shahila dengan penuh rasa bersalah .
“Saya Cuma nak masa untuk keseorangan . Jadi lebih baik awak pergi !” kata Rifqi dengan tegas.
“Tapi saya cuma .....
“Saya tak nak tengok muka awak dekat sini ... tolong pergi “ kata Tengku Rifqi dengan sinis . Shahila terpaksa menurut kehendak suaminya kerana takut benda lain pula jadinya nanti . Dia kembali ke bilik dengan perasaan bersalah .
“Apa masalah dia ? Takkan aku cakap tu pun salah ?” soal Shahila sendirian . Shahila mula keliru tetapi dia tetap meneruskan lipatan bajunya . Namun , dia berharap agar suaminya memahami keadaan dia sendiri . Patutkah dia menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri ?


No comments:

Post a Comment