Bab 9
“Saya tak sanggup nak
berbohong lagi pada mereka “ kata Shahila setelah menutup pintu bilik kamar
mereka setelah Shahila berbual dengan adiknya di dapur . Tengku Rifqi hanya
diam membisu . Shahila segera mengambil tempat tidurnya di bawah kerana dia
terikat dengan perjanjian kontrak mereka .
“Jadi awak nak saya
buat apa sekarang ? Batalkan kontrak kita ? Itu sama sekali tak mungkin sebab
kita bukan saling mencintai “ kata Tengku Rifqi dengan tegas . Shahila mengerti
akan pendirian Rifqi dan kini dia mengalah .
“Saya tahu .... ...
jadi awak masih nak teruskan lakonan ?” soal Shahila . Tengku Rifqi berkata “
ya ..saya nak kita teruskan lakonan kita “ kata Tengku Rifqi lalu tidur di atas
katil dan tanpa rasa bersalah dia sama sekali tidak mengendahkan isterinay
tidur di bawah katil . Sungguh mengecewakan !
Shahila segera
menyelimutkan dirinya kerana kesejukan malam yang semakin dingin . Kadang kala
air matanya membasahi pipi kerana dia sama sekali tidak tegar untuk menempuh
semua dugaan ini . Hatinya bertambah sakit adalah ...
Keesokan paginya ,
Shahila membuka kelopak matanya untuk bangun solat subuh . Dia terkejut apabila
merasakan pinggangnya dipeluk oleh seseorang . Ternyata suaminay sendiri tidur
bersamanya semalaman . Dia terkejut . Shahila segera meletakkan tangan Tengku
Rifqi ke arah lain bagi menyenangkan dia untuk keluar dari pelukan suaminya .
Jantung Shahila berdegup kencang .
“Subhanallah ... adakah
ini cinta yang dirasakan oleh pasangan suami isteri ? Ya Allah aku bersyukur kerana dapat merasakan
perasaan ini meskipun hanya sekadar 5 tahun ... aku cinta padanya ya Allah “
kata Shahila sendirian . Dia tersenyum lalu pergi meninggalkan suaminya untuk
menunaikan solat subuh .
Setelah dia menunaikan
solat subuh , dia mengejut suaminya untuk menunaikan solat subuh . Sungguh liat
sekali ! “ Awak ..solat subuh dulu lepastu sambung tidur balik “ kata Shahila .
Suaminya itu sama sekali tidak membaut sebarang reaksi malahan menolak tangan
gadis itu darinya .Shahila hanya mampu bersabar .
Pagi sudah mula
menjelang tiba . Shahila mula bersiap untuk kembali ke rumah uminya sendiri .
Shamila memeluk kakaknya sebelum Shahila sendiri pergi bersama suaminya . “
Jaga anak ayah elok-elok ya Rifqi ? “ soal ayah Shahila .
“Baiklah ayah , Rifqi
janji “ kata Tengku Rifqi sambil tersenyum .
“Shahila pula hormatlah
pada suami dan jangan melawan atau menjawab kata-kata suami okay ?”s oal
ayahnya . Shahila mengangguk .
“Baiklah , ayah dan ibu
..Rifqi berangkat dulu ya . Assalamualaikum “ kata Tengku Rifqi .
“Walaikumsalam “ kata
mereka berdua . Tengku Rifqi memimpin tangan isterinya menujuk ke kereta mereka
berdua . Setelah itu dilepaskan seperti biasa di dalam kereta . Shahila sama
sekali tidak mahu melepaskan tangan suaminya tetapi kali ini dia terpaksa kerana
egonya .
Dalam perjalanan pulang
ke rumah , Shahila akhirnya tertidur di dalam kereta kerana penat menjaga
adiknya semalam . Tengku Rifqi pula menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap
pemanduannya . Dia membuka radio untuk mendengar alunan musik . Lagu A Thousand
Year dari Christine Perri membuatkan Shahila sedar dari tidurnya . Dia
teringatkan Afnan . Bayangan Afnan masih lagi membayangi kehidupannya sendiri .
Memori tersebut kembali dikenang kembali .....
“Awak pernah tak dengar
kisah cinta tentang putera raja dan cinderellah ?” soal Afnan sendiri . Shahila
mengangguk .
“Jadi awak tahulah
bagaiman cinta mereka bermula ?” soal Afnan .
“Mestilah saya tahu
.... lagipun tu cerita kanak-kanak masa saya kecil lagi “ kata Shahila .
“Kita baru 10 tahun kecil
lagi ke ? “ soal Afnan sambil ketawa .
“Kecil lah tu ..... “
perli Shahila .
“Awak nak tahu tak ...
kisah cinta kita sama seperti kisah cinta mereka tahu ? “ soal Afnan . Shahila
agak terkejut .
“Kenapa ?” soal Shahila
.
“Sebab putera raja
tersebut cintakan cinderella yang ada di depan matanya sekarang dan si putera
juga yakin cinderella juag mencintainya bukan ?” soal Afnan .
“Awak ni pandai
bergurau lah Afnan “ kata Shahila .
“Saya serius Shahila
... saya cintakan awak “ kata Afnan .
“Tapi kita masih kecil
lagi mana boleh cinta cintun ni .... nanti bila kita dah besar ... baru boleh
okay ?” soal Shahila .
“Okay ... janji ?” soal
Afnan .
“Janji “ kata Shahila
sambil tersenyum .
Shahila tersentak
apabila mendengar suara Tengku Rifqi memanggilnya sendiri . “Apa dia ?” soal
Shahila . Tengku Rifqi berkata “ kenapa awak menangis ?” soal Rifqi secara
tiba-tiba . Shahila segera memegang pipinya yang kian basah .
“Err... mata saya masuk
habuk sedikit “ kata Shahila . Tengku Rifqi pasti Shahila bukan menangis kerana
masuk habuk tetapi ini pasti soal hati . Dia masih lagi menumpukan perhatian
sepenuhnya terhadap pemanduannya . Shahila mengeluh sendirian .
“Shahila saya nak tanya
sesuatu boleh ?” soal Tengku Rifqi . Shahila memandang Tengku Rifqi denagn beribu
persoalan .
“Apa dia ?” soal
Shahila .
“Awak cintakan Afnan ke
?” soal Tengku Rifqi .
“Ma..mana ada “ kata
Shahila bagi menyembunyikan perasaanya .
“Kalau awak cintakan
dia jujur saya pada saya . Sebab saya benarkan kerana kita hanya menikah selama
5 tahun saja kan ? “ soal Tengku Rifqi .
“Itu dulu Rifqi ...
saya cintakan dia dulu . Perasaan saya pada dia sekarang telah hilang . Dia
telah menghilangkan kepercayaan saya terhadap dia sendiri . Hati saya terluka
sekali “ kata Shahila dengan penuh sebak .
“Maafkan saya “ kata
Tengku Rifqi .
“Awak tak perlu minta
maaf Rifqi lagipun bukan salah awak “ kata Shahila lagi setelah itu dia
bersandar dan cuba melupakan Afnan . Tengku Rifqi sekarang memahami bagaimana
keadaan gadis itu .
Shahila merenung di luar
tingkap lalu dipejamkan matanya untuk berehat seketika . Tengku Rifqi mula rasa
serba salah terhadap gadis itu . Dia memegang tangan gadis itu lalu digenggam
untuk diberikan kekuatan . Shahila sedikit terkejut dan dia dapat merasakan
tangan suaminya sedang menyentuh lembut tangannya . Tetapi dia beranggapan itu
hanyalah mimpi . Dia yakin !
Satu perasaan aneh
timbul di dalam hati Tengku Rifqi namun dibiarkan kerana dia mahu merasakan
perasaan itu juga . Setelah sampai di rumah umi mereka , Tengku Rifqi segera
mengejut gadis itu dari tidur .
“Awak bangunlah ..kita
dah sampai rumah umi “ kata Tengku Rifqi . Kelihatan uminya keluar dari rumah .
Tengku Rifqi segera mengucup tangan ibunya setelah sampai di rumah .
“Kenapa umi keluar ?
Nanti Rifqi masuk “ kata Tengku Rifqi .
“Saja nak tengok anak
umi ni ... macam mana malam pertama di sana ? Okay ?” soal uminya sambil
tersenyum .
“Apa umi merepek ni
..bila masa pulalah Rifqi nak buat malam pertama dekat sana ? Ada-ada aja umi
ni “ kata Tengku Rifqi .
“Dahlah , kalau macam
tu mana isteri kamu ?” soal uminya .
“Dalam kereta ...dia
masih lagi tidur . Dah kejut tapi dia masih lagi tidur “ kata Tengku Rifqi .
“Kalau macam tu
angkatlah dia bawa naik ke bilik ... apa susah ? Aduhai anak umi ni itu pun
takkan nak diajar juga ?” soal uminya .
“Tapi umi ....
“Tak ada tapi-tapi
angkat dia takkan nak biarkan dia tidur di dalam kereta ? Lagipun papa kamu tu tengah tidur dan umi tak nak papa
tahu kamu tak angkat dia naik ke atas pula “ kata uminya lagi .
“Baiklah umi ...
“Dah bawa dia naik
..umi nak tidur dah lewat malam ni “ kata uminya . Tengku Rifqi hanya sekadar
mengangguk . Tengku Rifqi tiada pilihan lain selain mengangkat gadis itu ke
bilik . Dia mengangkat isterinya lalu di bawa ke dalam bilik .
Tengku Rifqi mengambil
selimut untuk menyelimuti badan gadis itu . Dia pula tiada pilihan lain selain
di sofa . Dia mengambil bantal dan selimut lalu tidur di sofa . Keesokan
paginya , Shahila terkejut apbila mendapati dia berada di atas katil Tengku
Rifqi sendiri .
“Jangan risau , semalam
saya tidur di sofa .. awak pergilah mandi dulu bersiap untuk ke kuliah “ kata
Tengku Rifqi sambil memakai tali leher .
“Baiklah ..... “ kata
Shahila lalu mencapai tualanya untuk mandi . Setelah bersiap , dia menuruni
tangga bersama suaminya untuk bersarapan .
Shahila segera menolong
uminya di dapur untuk menghidangkan sarapan . Setelah itu , mereka bersarapan
bersama . Shahila menolong uminya mencedokkan nasi goreng buat suaminya .
Tengku Rifqi hanya mampu tersenyum .
“Hari ni kamu dah mula
kuliah ke Shahila ? Takkan cepat sangat ?” soal uminya sendiri .
“Ya , umi takut
ketinggalan pelajaran yang lain pula nanti “ kata Shahila .
“Bagusnya , dapat
menantu macam kamu kan Shahila ? Baik sangat “ puji uminya .
“Terima kasih umi “
kata Shahila .
“Oh ya , Rifqi .. kalau
kamu tak larat nak hantar Shahila selalu ... umi boleh suruh Pak Mat hantar
okay ?” soal uminya .
“Baiklah umi .... tapi
buat masa sekarang ni biarlah Rifqi hantar Shahila “kata Tengku Rifqi .
“Kalau macam tu baiklah
“ kata uminya .
Setelah bersarapan ,
Shahila masuk ke dalam kereta Tengku Rifqi untuk dibawa ke kuliah . Tengku
Rifqi menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap pemanduan . Shahila menggaru
kepalanya memikirkan soal mimpi semalam . Dia menggeleng dan mengatakan itu
semua tidka mungkin .
“Apa yang awak
gelengkan ?” soal Tengku Rifqi .
“Err...tak ada apa-apa
... saja takkan tu pun salah ?” soal Shahila .
“Tak adalah takut
kepala awka tu ada banyak kutu sebab tu awak geleng-geleng kan kepala “ kata
Tengku Rifqi . Shahila mendengus geram .
“Apa-apa ajalah “ kata
Shahila .
Setelah sampai ke
kuliah , Shahila segera mengucup tangan suaminya sebelum pergi ke dewan kuliah
. Tengku Rifqi terpana . Setelah itu , Shahila keluar dari kereta untuk ke
dewan kuliah . Tengku Rifqi memandang tangan kanannya sambil tersenyum
sendirian .
Shahila mengatur
langkah menuju ke dewan kuliah lalu mengambi tempat duduk di sebelah Raudah .
Raudah tersenyum lalu menghulurkan tangan buat Shahila sendiri .
“Selamat pengantin baru
“ kata Raudah . Shahila tersenyum .
“Terima kasih , Raudah
....” kata Shahila .
“Maafkan aku sebab tak
dapat hadir di majlis kau kerana kakak aku masuk hospital dna aku benar-benar
tidak menyangka hal sebegitu berlaku “ kata Raudah .
“Tidak mengapa “ kata
Shahila .
Setelah tamat belajar
di dewan kuliah , Shahila dan Raudah mengatur langkah ke kafe di mana mereka
selalu berehat di situ . Kelihatan Afnan menuju ke tempat mereka makan .
Jantung Shahila berkocak laju .
“Selamat pengantin baru
Shahila ...saya harap awka bahagia dengan suami awak “ kata Afnan sambil
tersenyum .
“Terima kasih Afnan
.... “ kata Shahila sambil tersenyum pahit .
“Saya pergi dulu “kata
Afnan .
“Baiklah “ kata Shahila
sepatah
Dia melihat bayangan
Afnan telah pergi dari sisinya . Raudah mengenggam erat tangan temannya itu
iaitu Shahila untuk memberi semangat dan kekuatan pada gadis itu . Kini Shahila
yakin dia mampu melupakan lelaki yang pernah dia cintai dulu .
No comments:
Post a Comment