Sunday, 17 June 2012

Kasihku Untukmu ! Bab 8


Bab 8        
Hari sudah semakin petang tetapi ayahnya masih belum tiba lagi . Dia menunggu ayahnya di luar pintu rumah dalam penuh kerisauan . Tiba-tiba dia terasa ada orang menegurnya dari arah belakang .
“Shahila buat apa dekat sini ?” soal ibu Tengku Rifqi .
“Shahila tunggu ayah ... kata nak hantar barang tapi tak datang pun . Shahila risau kalau ada apa-apa terjadi pada ayah “ kata Shahila .
“Shahila sayang , umi tak rasa ada apa-apa yang akan berlaku pada ayah Shahila percayalah . Mungkin ada masalah kesesakan jalan raya ke ... janganlah risau “ kata Datin Hamidah bagi melegakan hati Shahila .
“Tapi ... umi ...
“Sudah jangan fikir apa –apa lagi “ kata Datin Hamidah lagi lalu memeluk Shahila dengan penuh kasih sayang . Shahila tersenyum bahagia kerana ada juga yang masih menyayangi dirinya meskipun itu bukan Rifqi . Tengku Rifqi yang melihat Shahila tersenyum mula rasa aneh akan degupan jantungnya yang berdegup kencang . Dia menafikan !
“Terima kasih umi kerana melegakan hati Shahila “ kata Shahila .
“Umi buat apa dekat luar dengan Shahila ?” soal Tengku Rifqi secara tiba-tiba . Shahila dan Datin Hamidah segera menoleh .
“Tak ada apa-apa lah Rifqi ... kamu pergilah berehat umi nak teman Shahila dekat sini “ kata Datin Hamidah .
“Teman ? For what ?” soal Rifqi .
“Lupa ke ? Ayah Shahila akan datang sini sebab nak hantar barang Shahila ?”soal uminya sendiri .
“Oooh kalau macam tu biar Rifqi teman Shahila , umi masuklah dulu “ kata Rifqi .
“Kalau macam tu baiklah “ kata uminya sambil tersenyum . Shahila merasa anaeh dengan tindakan yang dilakukan oleh Tengku Rifqi . Dia kembali duduk dan tidak berkata apa-apa .
“Boleh saya duduk ?” soal Rifqi .
“Duduk ajalah ... “ kata Shahila .
“Boleh saya cakap sesuatu ?” soal Rifqi .
“Apa dia ?” soal Shahila .
“Awak masih nak sambung belajar lagi ke ? Atau nak bekerja di syarikat ayah saya ?” soal Tengku Rifqi . Shahila keliru . Adakah dia harus mengikuti kata-kata suaminay atau kehendak hatinya ?
“Kalau saya kata saya nak belajar lagi ... adakah awak izinkan ?”soal Shahila .
“Jadi awak nak sambung belajar lagilah ?” soal Tengku Rifqi dalam nada serius . Aku tahu dia pasti sukar untuk menerimanya kerana dari rumah dia ke kuliah juga hampir mencecah 1 jam ke sana . Tapi dia masih lagi mahu belajar .
“Ya .. tapi kalau itu menyusahkan awak , saya boleh tinggal di rumah mak dan ayah saya dulu dan saya tak nak menyusahkan awak pula nanti “ kata Shahila sambil tersenyum . Dia berharap agar suaminya izinkan dia belajar sambil berjihad di sana . Meskipun mereka sudah bergelar suami isteri tetapi Shahila berharap agar pelajarannya tidak menganggu .
“Awak tak boleh tinggal dengan mak ayah awak nanti apa kata orang luar saya tak pandai jaga isteri saya sendiri ? Saya tak nak dipandang hina , awak faham ?! “ soal Tengku Rifqi . Shahila Afrina sama sekali tidak berniat untuk menyinggung perasaan suaminya .
“Bukan itu maksud saya , Cuma saya tak nak menyusahkan awak .... lagipun awak ada banyak kerja di syarikat jadi saya tak nak ganggu awak “ kata Shahila .
“Sudah , saya tak nak dengar apa-apa lagi ... yang penting setiap hari saya akan hantar awak ke kuliah faham ?” soal Tengku Rifqi lalu masuk ke dalam rumahnya . Shahila menghela nafas lega . Ternyata lelaki itu memahaminya jua .
Setelah beberapa minit , kelihatan ayah dan ibunya membawa barangnya . Shahila segera membuka pintu pagar untuk memberi mereka berdua masuk . Shahila segera mengucup tangan ibu dna ayahnya . Kelihatan Tengku Rifqi yang baru keluar segera menolong ibu dan ayah mertuanya .
“Marilah masuk dulu , ibu , ayah “ kata Rifqi sambil tersenyum . Mereka berdua membalas senyuman Rifqi lalu masuk ke dalam rumah mewah Tengku Shafwan . Tengku Shafwan dan juga isterinya Datin Hamidah tersenyum .
“Kenapa lambat sampai ? Kesian tengok Shahila tunggu ayah dan ibunya ?” soal Datin Hamidah .
“Ada masalah sedikit , Shamila jatuh basikal waktu nak pergi ke sekolah habis luka berdarah kakinya ..sekarang dia ada dekat rumah baru saja dirawat di klinik “ kata  ibu Shahila . Shahia terkejut sekali mendengar berita tersebut .
“Shahila nak jenguk dia nanti ibu ... boleh kan ? Boleh kan ibu ?” soal Shahia dalam nada kerisauan .
“Shahila sayang , kamu tu sudah menikah .. kalau nak minta izin keluar pun kamu kena tanya suami kamu dulu “ kata ibunya . Shahila memandang Tengku Rifqi dengan penuh mengharap . Lelaki itu sendiri terpaksa membuat keputusan sendiri .
“Awak ... boleh kan saya tinggal di rumah ibu semalaman ?” soal Shahila .
“Nanti kita bincang “ kata Tengku Rifqi sambil tersenyum . Shahila sudah menganggak pasti lelaki itu menetapkan syarat kalau dia mahu pergi ke sesuatu tempat .
“Nina sediakan minuman buat tetamu kita “ kata Datin Hamidah .Nina membuat kerja yang disuruhnya . Mereka duduk bersama di sofa sambil ketawa bersama . Shahila kelihatan murung sekali . Tengku Rifqi dapat melihat wajah isterinya itu .
“Maafkan kami ayah , ibu .. saya nak cakap dengan Shahila sekejap “ kata Tengku Rifqi . Ibu dan ayahnya mengangguk tanda mengerti . Dia segera menarik tangan Shahila dengan lembut lalu menuju ke bilik mereka .
Sampai sahaja di bilik , Shahila terdiam kaku . Dia terkejut kerana dibawa ke sini . Dia sama sekali tidak mengerti dengan perangai suaminya sendiri . Kini lelaki itu berhadapan dengannya sekarang .
“Awak nak pergi ke rumah ibu ke ?” soal Tengku Rifqi .
“Ya , tapi itupun kalau awak izinkan “ kata Shahila dengan lembut .
“Kalau saya tak izinkan ? Awak nak buat apa ?” soal Tengku Rifqi seolah-olah mencabar gadis itu. Shahila kehilangan kata-kata untuk berkata . Dia mengalah dan tertunduk pasrah . Dia mencapai tombol pintu untuk keluar tetapi dihalang oleh Rifqi sendiri .
“Saya izinkan tapi dengan satu syarat “ kata Rifqi . Langkah Shahila mati setelah mendengar persetujuan lelaki itu . Shahila menoleh ke arah suaminya kembali dengan senyuman .
“Betul ke ? Baiklah , saya setuju dengan syarat awak “ kata Shahila .
“Syaratnya , saya mesti ikut bersama “ kata Tengku Rifqi . Mujur tak terbeliak mata Shahila mendengar kata-kata Tengku Rifqi .
“Tapi ... saya nak tinggal di sana semalaman bukannya 1 minggu lagipun awak bukannya suka sangat dengan suasana di situ betul tak ?” soal Shahila .
“Keputusan saya mukatamad , kalau awak tak nak ikut ... tak mengapa . Saya tak izinkan kalau awak keluar tanpa syarat dipersetujui “ kata Tengku Rifqi .
“Baiklah ... saya akan turuti permintaan awak “ kata Shahila dalam nada kesedihan kembali . Tengku Rifqi tersenyum sinis .

SHAHILA  memeluk adiknya , setelah tiba di rumah bersama dengan ibu bapanya dan suaminya juga . Shamila amat merindui kakaknya sehingga dia tak mahu melepaskan pelukan kakaknya sendiri .
“Adik rindu dengan kakak “ kata Shamila .
“Kakak pun .... “ kata Shahila .
“Dahlah kamu berdua , pergi masuk . Rifqi pula berehatlah di bilik Shahila ya .... nanti kalau ada apa-apa panggil ibu atau ayah “ kata ibu Shahila sendiri .
“Terima kasih ibu “ kata Tengku Rifqi .
Shamila mengajak Shahila masuk ke dalam biliknya . Sebelum itu , Shahila berkata “ awak ... saya nak bercakap dnegan Shamila sekejap ..awak berehatlah ya ?” soal Shahila . Tengku Rifqi sama sekali tidak melayan Shahila sama sekali .
“Jomlah , kak “ kata Shamila sendiri .
Mereka berdua masuk ke dalam bilik bersama . Shahila dapat merasakan bahawa suaminya marahkan dirinya . Hatinya sama sekali tidak tenteram . Dia berharap agar tiada apa-apa yang akan berlaku selepas ini .
“Kakak fikir apa ?” soal Shamila .
“Tak ada apa-apa ... akak Cuma penat “ kata Shahila .
“Oh ya ... kak semalam abang Afnan hubungi akak tapi tak dapat sebelum tu ... kakak dah bagitahu Afnan soal pernikahan kakak ?” soal Shamila .
“Kakak takkan beritahu dia adik ... sampai bila-bila pun . Dia dah cintakan orang lain dan menikah dengan orang yang sangat dicintainya ... tak mungkin kakak akan merampas hak orang lain kan ?” soal Shahila .
“Tapi kak ....Suhana yang merampas dia dari kakak bukan kakak “ kata Shamila tanda tidak puas hati .
“Sudahlah dik , kakak dah ada suami buat apa kakak nak layan kerenah Afnan lagi kan ?” soal Shahila . Tidak semena-mena air matanya mengalir . Entah mengaap sejak kebelakangan ini dia berasa tertekan dengan semua ini .
“Tapi suami akak juga tak mampu membahagiakan akak . Siapa lagi yang boleh membuatkan akak bahagia ?” soal Shamila .
“Kakak menikah dengan abang Rifqi pun cukup bahagia ... bahagia melihat ibu tersenyum sewaktu kakak menikah dengan Rifqi .... “ kata Shahila dengan senyuman . Shamila mengesat air mata Shahila lalu memeluk kakaknya .
“Kakak bersabarlah ... adik yakin kakak akan mendapatkan kebahagiaan juga suatu hari nanti “ kata Shamila sambil tersenyum . Dia berharap agar kakaknya dapat menemukan kebahagian itu juga .
“Sudahlah kak .... jangan nangis lagi nanti muka akak hodoh “ kata Shamila . Shahila ketawa kecil mendengar perkataan tersebut .
“Adik tiru kakak .... “ kata Shahila .
“Mana ada ..... wek wek “ kata Shamila . Shahila menggeletek perut Shamila dengan geram . Tiba-tiba Shamila pura-pura sakit . Shahila mula kerisauan . Shamila pula menggeletek kakaknya sambil ketawa bersama .
Setelah itu , Shahila masuk ke dalam kamarnya untuk menunaikan solat zuhur . Kelihatan suaminay tiada di dalam kamar . “ Ibu dekat mana abang Rifqi ?” soal Shahila . “Kamu tak tahu ke Shahila ... suami kamu tu ikut ayah kamu pergi masjid “ kata ibunya Shahila . Shahila terkejut mendengar kata-kata ibunya .
“Oh ya ... baiklah .. Shahila nak solat zuhur kejap “ kata Shahila dalam nada pelik .
Setelah dia menunaikan soalt zuhur , dia segera mengemas baju suaminay untuk dimasukkan ke dalam beg kerana esok mereka sudah bertolak ke rumah uminya kembali . Shahila mengemas baju Rifqi lalu terkejut melihat gambar seorang gadis berpelukan dengan suaminya sendiri . Dia terkejut melihat gambar tersebut . Dia dapat merasakan ada sesuatu yang tak kena . Dia melihat belakang gambar tersebut .
“Alvera ? Siapa Alvera ?” soal Shahila dalam keanehan . Di situ juga tertulis ‘ MY LOVE ALVERA AND ALSO MY HAPPINESS ‘ . Kini Shahila mengerti siapa Alvera pada Tengku Rifqi . Dia terkejut ternyata suaminya mencintai ornag lain . Patutlah , lelaki itu ingin menikah dengannnya selama 5 tahun dan sambung belajar di luar negara .
“Buat apa aku harus menangis ? Dia bukan suami aku selamanya pun “ kata Shahila lalu mengesat air matanya dan tersenyum agar dapat melupakan kesedihan tersebut . Shahila menolong ibunya di dapur sambil termenung .
“Shahila kamu tolong potong bawang ni ya ? Ibu nak tukar balutan di kaki adik kamu “ kata ibunya . Shahila hanya sekadar mengangguk . Shahila memotong bawang sambil teringatkan gambar tersebut . Tiba-tiba kulitnya terhiris tanpa disedari . Tengku Rifqi yang baru saja pulang dari masjid , segera ke dapur melihat Shahila kesakitan .
Dia terkejut melihat tangan gadis itu berdarah lalu mencapai tangan gadis itu lalu segera menghilangkan darah di jari gadis itu . Mereka berdua berpandangan sesama sendiri . Shahila yang mula perasan segera menarik tangannya kembali .
“Saya okay ... awak berehatlah ..saya nak masak sekejap “ kata Shahila . Tengku Rifqi juga tidak mahu menunjukkan rasa kasihan pada gadis itu lalu berkata “ saya nak masuk bilik ... lagipun panas duduk dekat sini “ kata Tengku Rifqi lalu pergi .
Shahila menoleh ke arah suaminya yang sudah pergi . Ternyata ego lelakinya lebih tinggi dari perasaannya sendiri . Dia segera membalut lukanya yang berdarah . Ibunya terkejut melihat tangan Shahila berdarah .
“ Kenapa denagn kamu Shahila ? Terhiris ke ni ?” soal ibunya .
“Ala sikit aja ibu “ kata Shahila .
“Kejap ibu ambil antiseptik “ kata ibunya lalu mengambil antiseptik tersebut lalu merawat luka Shahila .
“Terima kasih ibu “ kata Shahila .
“Dah ... kamu pergi masuk bilik berehat nanti makin teruk luka kamu “ kata ibunya .
“Tapi ibu ....
“Sudah ... pergi masuk .. lagipun ibu kesian tengok Rifqi keseorangan di bilik “ kata ibunya . Shahila terpaksa menurut kehendak ibunya . Dia masuk ke dalam biliknya . Ibunya tersenyum sendirian .
“Awak ... “ kata Shahila sepatah . Kelihatan lelaki itu sudah pun tidur nyenyak . Dia menghela nafas sedalam –dalamnya . Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering ... Shahila segera menjawab panggilan tersebut .
“Assalamualaikum , ni siapa ?” soal Shahila .
“Waalaikumussalam , Shahila ni saya Afnan “ kata Afnan .
“Afnan ? Emmm kejap ya “ kata Shahila lalu keluar dari biliknya agar percakapan dia dan juga Afnan tidak didengari oleh suaminya . Tapi malangnya , Tengku Rifqi sudah mendengarnya sejak awal . Dia mengekori langkah Shahila .
“Ada apa , Afnan ?” soal Shahila .
“Awak sihat ?” soal Afnan .
“Alhamdulilah , saya sihat “ kata Shahila .
“Shahila ... boleh saya tanya sesuatu ?” soal Afnan .
“Apa dia katakanlah .... ?” soal Shahila .
“Kenapa awak tak beritahu saya yang awak sudah menikah dua hari lepas ? Apa salah saya pada awak sehingga awak tergamak buat saya macam ni ?” soal Afnan .
“Maafkan saya Afnan , saya bukan tak nak bagitahu tapi saya takut ..saya tkut hubungan awak dan Suhana akan rosak dan punah disebabkan saya .... saya tak nak melihat awak kehilangan kebahagiaan awak “ kaat Shahila .
“Tapi , Shahila ...
“Sudahlah Afnan , saya da hal .. saya pergi dulu . Assalamualaikum “ kata Shahila . “Waalaikumussalam “ kata Afnan . Shahila menarik nafasnya sedalam yang mungkin .
“Siapa Afnan ?” soal Tengku Rifqi .
“Awak .... bila masa awak ada di situ ?” soal Shahila .
“Jawab pertanyaan saya dulu , Shahila “ kata Tengku Rifqi dalam nada serius . Shahila terkejut tetapi dia tak mampu menghidarnya lagi .
“Apa awak cakap ni ?Afnan ? Siapa Afnan ?” soal Shahila tanda pura-pura tidak mengetahuinya . Tengku Rifqi segera menarik tangan Shahila masuk ke dalam bilik mereka . Dia segera merampas telefon bimbit Shahila . Shahila tidak sempat mengahlangnya .
“Kenapa awak ambil telefon saya ?” soal Shahila .
“Jelaskan pada saya dulu siapa dia ? Ataupun saya akan menghubunginya ?” soal Tengku Rifqi .
“Tapi ...awak tak berhak buat saya macam ni “ kata Shahila .
“Tak berhak ? Saya suami awak dan saya tak nak awak ada hubungan dengan mana-mana lelaki . Awak tahukan , saya tak nak dipandang hina oleh masyarakat ?” soal Tengku Rifqi .
“Suami ? Hanya selama 5 tahun sahaja Rifqi ... “ kata Shahila lalu pergi meninggalkan suamiany yang berada di kamar . Kini Rifqi benar-benar mengerti apa yang dimaksudkan dengan kata-kata Shahila .

MALAM menjelang tiba . Shahila masih lagi menonton televisyen cerita kegemarannya iaitu Seindah Sakura di saluran tv3 . Ibu bapanya pula masih tidak pulang lagi dari beli barang dapur . Shamila pula sedang tidur . Kini hanya tinggal dia seorang sahaja yang berada di ruang tamu . Tiba-tiba dia dapat merasakan ada seseorang duduk di sebelahnya .
“Kenapa tak tidur lagi ?” soal Tengku Rifqi .
“Belum mengantuk lagi “ kata Shahila tetapi dia sama sekali tidak memandang wajah suaminya .
“Awak marahkan saya ke ? “ soal Tengku Rifqi . Kali ini Shahila tidak menjawab pertanyaan suaminya kerana perasaan marah itu masih lagi ada tetapi dia sama sekali tidak mahu menyakiti hati suaminya .
“Saya tanya ni .,.. awak jawablah “ kata Tengku Rifqi dengan tegas .
“Ya , saya marah kenapa ?” soal Shahila kembali . Tiba-tiba Rifqi mengeluarkan telefon bimbit gadis itu dari poket seluarnya . Dia mengembalikan telefon bimbit gadis itu .
“Ambillah “ kata Rifqi . Shahila segera mengambil telefonnya .
“Mulai sekarang , saya takkan ambil tahu urusan awak dengan siapa , awak keluar dengan siapa atau apa-apa saja sebab kita hanya akan menjadi suami isteri sehingga 5 tahun saja kan ? Lagipun saya tak berhak tahu tentang awak ... kita lakukan semua ni pun demi kebahagiaan keluarga kita kan ? “ soal Rifqi . Shahila benar-benar tidak menyangka Tengku Rifqi maksudkan semuanya .
“Ya , betul tu . Terima kasih kerana awak mengerti “ kata Shahila sambil tersenyum pahit . Entah mengapa perasaanya rasa lain sekali kerana seolah-seolah dia tidak mahu berjauhan dengan lelaki itu . Tengku Rifqi pula merasakan dia patut melepaskan gadis itu selepas 5 tahun lagipun itu yang dia mahukan . Jadi dia tidak boleh menarik kata-katanya lagi .
“Saya nak masuk bilik dulu “ kata Rifqi . Shahila hanya sekadar menangguk. Kadang kala dia rasa bersalah pada suaminya kerana bertindak sedemikian . Sepatutnya mereka berbincang dengan baik tetapi lain pula jadinya .
Shahila mengatur langkah ke arah dapur kerana kehausan . Dia mengambil minuman sejuk lalu dikeluarkan dari peti sejuk bagi menghilangkan kehausan di tekak . Kelihatan adiknya baru keluar dari bilik atas tujuan yang sama .
“Eh ...kakak tak tidur lagi ke ? “ soal Shamila lalu mengatur langkah mencapai segela cawan di rak letak pinggan dan cawan .
“Tak ... lagipun kakak tak mengantuk lagi . Adik duduklah dalam bilik nanti kakak ambilkan air untuk adik okay ?” soal Shahila . “Kak... Shamila ni bukan budak kecil lagi okay ? Lagipun just luka kaki saja bukan patah kaki “ perli Shamila .
“Okay , kalau macam tu ... kakak nak masuk tidur dulu ya ?” soal Shahila .
“Tunggu dulu , kak ... adik nak cakap sesuatu boleh ?” soal Shamila .
“Apa dia ?” soal Shahila .
“Hubungan kakak dengan abang Rifqi macam mana ? Baik –baik saja kan ?” soal Shamila sambil berharap agar kakaknya tidak menjawab dengan jawapan yang menghampakan . Shahila hanya sekadar tersenyum .
“Kakak gembira dan bahagia dengan suami kakak , dik . Kakak tak pernah rasa kecewa kerana dia juga tak pernah melukakak hati kakak sendiri “ kata Shahila . Shamila dapat melihat reaksi wajah kakaknya yang mula kesedihan .
“Kakak pandai berbohong kan ? Adik tahu kakak tak bahagia ... tapi kakak jangan risau . Adik ada di sisi kakak selalu “ kata Shamila sambil tersenyum . Shahila yakin senyuman adiknya memberi dia semangat untuk teguh berdiri . Tetapi dia sendiri juga tahu bahawa dia akan kecewa selepas 5 tahun yang akan berlalu . Adakah menikah dengan cara ini dapat menggembirakan ibu bapa mereka termasuk adiknya sendiri ?







No comments:

Post a Comment